Kita tak mampu buat semua orang SUKA kita dan kita tidak mampu
untuk puaskan HATI semua orang,BAIK macam mana pun diri kita ni
kita dikatakan JAHAT lagi , Hidup ni BUKAN untuk puaskan semua
kehendak MANUSIA Tapi lebih kepada MENURUT perintah ALLAH
-Nur Fazlina Humaira-
untuk puaskan HATI semua orang,BAIK macam mana pun diri kita ni
kita dikatakan JAHAT lagi , Hidup ni BUKAN untuk puaskan semua
kehendak MANUSIA Tapi lebih kepada MENURUT perintah ALLAH
-Nur Fazlina Humaira-
Assalamualaikum..
Sedikit kata-kata dari saudari fazlina ini buatkan kite terfikir. yeah, semua benda yang kita buat, semua perkara yang kita lakukan selama ini untuk apa sebenarnya? untuk siapa? apa yang kita cuba tunjukkan? kadang-2 kita dah buat sehabis baik dah, masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan apa yang kita kerjakan.. adaa je benda yang tak kena.. ada saja salahnya..
Bila dah jadi macam tu, mesti kita rasa down, rasa macam kita memang tak pandai buat sesuatu tu, rasa macam2 lahh, padahal kita dah buat sehabis baik ni... Hmmm.. Cuba kita renung balik, apa sebenarnya niat kita masa kita buat sesuatu tu.. adakah nak menunjukkan yang kita ni bagus, boleh buat banyak benda, multitasking, dan macam2 lagi atau kita buat semua tu kerana Dia..
Tapi, macam mana nak relate kan perkara yang kita buat tu dengan niat kerana Dia..? jawapannya, IKHLAS .. yaa, ikhlas.. buatlah sesuatu perkara dengan ikhlas.. jangan ada rasa terpaksa walaupun kita tak suka or malas nak buat benda tu.. lagi satu, buat sesuatu biarlah ikhlas dan tak mengharapkan imbalan apa2.. cukup ada keredhaan Allah and Allah suka dgn apa yang kita kerjakan tu.. betul takk? ^_^
Kita ambil contoh terdekat, belajar.. Macam mana nak timbulkan perasaan ikhlas dalam belajar? haaa, cenggini.. :)
Hadis Ketiga Puluh Empat
34- عَنْ
كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ
الْعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يَصْرِفَ بِهِ
وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ. (الترمذي وابن ماجه)
34 - Dari Ka'ab bin Malik ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang menuntut ilmu, dengan tujuan bermegah-megah menandingi alim ulama dengan ilmunya itu, atau dengan tujuan bertengkar dan bertegang urat dengan orang-orang yang jahil dengan ilmunya itu, atau pun dengan tujuan menarik dengan ilmunya itu perhatian orang ramai memujinya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka. "
(Tirmizi dan Ibnu Majah)
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa tiga perkara yang tidak sepatutnya dijadikan tujuan bagi menuntut ilmu agama:
1 - Bermegah-megah menandingi alim ulama.
2 - Bertengkar dengan orang-orang jahil.
3 - Mendapat pujian orang ramai.
Haaa, tuu.. hasil daripada pencarian kite kat sini, dapatlah kite simpulkan yang kita kena perbetulkan niat kita sebenarnya.. apa2 pun semuanya berpokok pangkal kan niat DAN setiap perbuatan kita kene lah niat kerana mendapat keredhaan Allah.. in shaa Allah, segala apa yang kita lakukan akan mendapat keredhaan-Nya.. hmm.. kite rasa itu sahaja kot, hihi panjang pulak kan bebelan hari ni.. semoga berjaya dunia akhirat.. Amin...
ikhlas :) |
No comments:
Post a Comment