Friday, August 8, 2014

Allah :'(

Sentap sesentap-sentapnya.. :'(

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).


Ya Allah, jadikanlah kami anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa kami walaupun tika mereka sudah tiada.. :'(

amin

Love,
Ara

Thursday, August 7, 2014

MyCrush MyHusband .. #eahhh

Assalamualaikum .. ^_^

Shocked! Best description for me.. Alkisahnya begini, masa nak makan tadi, buka En Google then type Penulisan2u nak baca cerpen2 lah niatnya.. Then, lepas tekan enter, keluar lahh suggestion list tu kan.. Then,(amboih byk nye then) mata kite tertarik dengan satu tajuk ni.. "My Crush My Husband" .. Ni haa...

itu.itu.. nampak takk? ^_^
Then kite click and baca.. About a school girl called Hara.. Then, tengah baca-baca tu, tersedak cheq (nasib baik tak tertelan tulang ayam tuhh ==") bila baca nama sebenar perempuan tu, Zahara rupanya.. e'eh sama lahh nama kitaa.. hihi.. Lepas tu mula lah teringat-ingat kat En Crush.. hiks.. Adakah en crush tu bakal jadi en suami saya jugak? (hamboih zara, gatai).. hehe.. hmmm.. tapi... takpelahhh.. name punn crush kann.. Mungkin dia punn dah bahagia dengan that girl.. Apa-apa pun keputusan dia, kite terima.. Our moments together (mufazara) will always remain in my heart (cewahh ayat tak nak kalahh.. nampak takk..napak takk.. haha) hmm.. Tu je punn nak cerita, macam tak perlu kann.. tapi xpelahh, who cares, this blog is mine anyways..

Ohh yeah, cerpen ni boleh lahh tahan bestnye.. having crush on that guy hampir 11 tahun kauu.. hebat.. tapi kan kite tercair sikit lahh kan dengan ayat lelaki ni masa diorang jumpa balik after bertahun-tahun terpisah tu.. Rasa macam deep gile lahh.. 'cinta dan suka..' Azairee ni berubah dengan izin Allah.. Cuba untuk menjadi yang terbaik untuk membimbing si dia yang dicintai.. hiks.. disebabkan Miss P tak kasi copy2 content die, kite printscreen jelahh ea.. ^_^

cinta dan suka

*melt

Nak tahu cerita penuh tentang Azairee n Zahara, click Miss P kat atas tu okehh.. Ok adios Amigos..

Love,
Ara
 

Wednesday, August 6, 2014

Tentang Hati :)

Tuhan memberikan kita..

Dua mata untuk melihat,
Dua kaki untuk berjalan,
Dua tangan untuk menyentuh,

Akan tetapi kenapa Dia menciptakan hati kita hanya sekeping?

Kerana,

Hati kita sangat istimewa..
Meskipun ia sentiasa dilanda kecewa, remuk, penuh dengan pelbagai rasa yang terpendam,
Tetap Dia ciptakan satu saat untuk kita baiki hati kita, rawat hati kita yang remuk, pecah lagi berkecai itu..

Bila?

Di sepertiga malam. Tahajud .
Tahajud itu adalah saat yang terbaik untuk kita merawat segala luka di hati.
Dan bilamana dirimu berjaya untuk bangkit menemui sang Pencipta,
Merayulah sepuas-puasnya, merintihlah pada Dia, mengadulah.
Kerana apabila Dia mendengar pasti  Dia akan memberi.

hati itu
Love,
Ara

♡ Ijab kabul ♡

hiks :)

Di Gelap Malam Aku Mulai Tenggelam
Saat Kau Peluk Erat Tubuhku Sayang
Tunggu Aku Pulang Aku Pasti Datang
Menemuimu Tersayang

Beranikan Diri Bertemu Orang Tuamu
Bicara Baik Dari Hati Ke Hati
Restuilah Kami Doakanlah Kami
Jadi Pasangan Abadi

Tunggulah Aku Menjadi Imammu
Dan Tunggulah Aku Menjadi Imammu


Dan Akan Ku Lamar Anakmu Di Tahun Ini
Restui Kami Doakan Kami Jadi Pasangan Abadi
Dan Akan Ku Tanggungjawabi Kebutuhannya
Lahir Batinnya Jiwa Raganya
Agar Ia Bahagia

(Dan Akan Ku Lamar Anakmu Di Tahun Ini
Restui Kami Doakan Kami Jadi Pasangan Abadi)
Dan Akan Kutanggungjawabi Kebutuhannya
Lahir Batinnya JiwaRaganya
Agar Ia Bahagia 
comel pulak lagu ni :)
~lymm~
Love,
Ara

I am Strong !

Assalamualaikum...

Hey guys.. Berbulan juga kite abaikan blog ni.. haritu katanya, nak aktif berblogging balik, KATANYA lahhh.. terbiar juga blog nihh.. hmm.. zaharah zaharah.. ish99 *geleng2 kepala* bizi bebenor haa sampai terabai denia jack em ef ni.. kesiann dia yaa.. sokeyh, keep it up.. :)

Regarding the blog post, what is actually I try to deliver here?
 'I am Strong' 
 Lamaaa pandang sebaris ayat ni.. 
Then terfikir sendiri, betul ke zaharah ni kuat?? 
Betul-betul strong ke nihh? 
Ye takk yee ni? 

Akal punn membalas,
 "Ye aku memang kuat, I am a strong girl."
Then keluar lagi persoalan,
Atau ayat tu sekadar nak menyedapkan hati awak sahaja??
Akal tersentak dan terdiammmm...

Menyedapkan hati..? Kenapa dengan hati tu ? Bila fikir balik soal-soal hati ni mesti cepat je air mata tu nak keluar sejak due menjak tiga menjak nihh.. haish.. lemahnya hati ni sekarang.. sungguh! tak kuat nak hadapi, nak terima apa yang jadi.. Kita keep on saying, 'Kita kuat!' 'Kita boleh lalui semua ni dengan jayanya!' 'Kita tak lemah!' hakikatnya? 

Orang selalu cakap, berhati-hati dengan hati.. Tapi, kadang-kadang kita tersilap percaturan.. manusia kann.. mana ada yang berjaya lari dari kesilapan.. Bila hati mula nak terima balik, mesti ada ja something yang buat kita jadi patah semangat! Apa yang cuba ditunjukkan sebenarnya? Apa lagi yang cuba nak dibuktikan lagi? Peluang tu tak pernah tertutup tapi bila benda yang sama ulang banyak kali? Sakitnya berdouble-double rasanya ! Pernah rasa tak benda tu? Pernah tak?!!! *cry*

Err.. ok terlebih emosi di situ.. Maaf maaf maaf.. hmm.. tapi tu lahh.. kadang-kadang tak tertahan rasanya.. sakit yang teramat.. Hati perempuan kann.. Mana taknyaa.. Seorang wanita itu kan dihadiahkan sekeping hati yang lembut seperti kapas dan halus seperti sutera dan sangat mudah tersentuh.. Bila hatinya terluka, we tend to give out a fake smile padahal kita tau senyuman palsu itu tak mungkin dapat rawat hati yang terluka, but still a woman will do it as long as no one knows apa yang dia lalui..

Masa tengah mengubat hati yang tengah duka lara ni (cewahhh, duka lara gitu :p) terjumpa lahh blog canvas , cakap pasal bila perempuan sayang dan bila perempuan terluka.. huuu.. deep seyh ayat2 dia.. hee.. tergelak pun ada baca entry tu tapi hmmm.. entah lahh..

Scroll scroll balik past post kat blog ni ada perasan satu entry tentang hati.. alaaa, ayat dari Ustaz Haron Din tu.. :) yeahh.. "jangan simpan seseorang dalam hati kerana hati itu berbolak balik sifatnya, sebaliknya simpanlah seseorang itu dalam doa kerana doa itu tercatat di langit"  huhu.. 

Keep praying yaa.. Times will heal, He always with you.. tambatkan hati kamu itu pada-Nya dahulu.. Dia rindu dah kat kamu tu, sebab tu ujian diberi tak henti-henti.. doakan jugak semoga segala urusan dia dipermudahkan.. Biar apa pun yang jadi, belajar untuk berserah dan redha.. He knows better.. 

"Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.. Allah sedang mengajar kamu erti sabar dan redha" - ZMF

..keep on praying..


Love,
Ara