Alhamdulillah. Hari ini ada berita gembira nak bagitau.. hihi.. eksaited ni,, hari ni kann. hari ni kann.. birthday kekasih hati saya... hee~ Rasa happy sangat.. Rasa rindu yang teramat.. :) Sebagai hadiah, mehh saya ceritakan sedikit kisah tentangnya..
Apabila tiba saat Abdullah mahu
dikahwinkan, Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti
Wahab, yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu
Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail.
Daripada sudut keturunan pun, Muhammad bin Abdullah adalah orang yang paling
mulia dan paling bangsawan.
"Keluarga Siti Aminah tinggal di
Yathrib atau Madinah. Abdul Muttalib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib dan
dikahwinkan di sana dengan Siti Aminah. Selepas itu, mereka pulang ke Mekah.
Semasa Siti Aminah mengandung, ayah Muhammad meninggal sebelum beliau
dilahirkan.
Sebelum Aminah melahirkan
Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang
lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya
berdoa kepada Tuhan, “Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan
anak ini daripada semua orang yang dengki.” Kelahiran ini adalah pada hari
Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah, 50 hari selepas
peristiwa tentera bergajah.
Banyak perkara yang pelik berlaku
semasa kelahiran Muhammad. Hassan bin Thabit, penyair Muhammad menceritakan,
salah satu daripada tanda itu, katanya, semasa Muhammad lahir, dia berada di
Madinah dan umurnya pada masa itu tujuh tahun. Pada hari itu, aku berada dalam
majlis orang-orang Yahudi madinah. Seorang ulama Yahudi memanjat ke atas
bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, “Bintang Ahmad muncul di
langit.” Bintang itu hanya muncul apabila Muhammad dilahirkan. Hassan
menyaksikan sendiri peristiwa itu.
Siti Aminah ibu Muhammad bin
Abdullah pernah memberitahu semasa dia mengandungkan Muhammad dia tidak pernah
merasa penat atau sakit. Menurut sejarah lagi, Muhammad dilahirkan dalam
keadaan sujud dan berkhatan.