Friday, October 3, 2014

He is waiting

He always there, He always waiting, He misses you and me. Let's go find him !

Friday, August 8, 2014

Allah :'(

Sentap sesentap-sentapnya.. :'(

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).


Ya Allah, jadikanlah kami anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa kami walaupun tika mereka sudah tiada.. :'(

amin

Love,
Ara

Thursday, August 7, 2014

MyCrush MyHusband .. #eahhh

Assalamualaikum .. ^_^

Shocked! Best description for me.. Alkisahnya begini, masa nak makan tadi, buka En Google then type Penulisan2u nak baca cerpen2 lah niatnya.. Then, lepas tekan enter, keluar lahh suggestion list tu kan.. Then,(amboih byk nye then) mata kite tertarik dengan satu tajuk ni.. "My Crush My Husband" .. Ni haa...

itu.itu.. nampak takk? ^_^
Then kite click and baca.. About a school girl called Hara.. Then, tengah baca-baca tu, tersedak cheq (nasib baik tak tertelan tulang ayam tuhh ==") bila baca nama sebenar perempuan tu, Zahara rupanya.. e'eh sama lahh nama kitaa.. hihi.. Lepas tu mula lah teringat-ingat kat En Crush.. hiks.. Adakah en crush tu bakal jadi en suami saya jugak? (hamboih zara, gatai).. hehe.. hmmm.. tapi... takpelahhh.. name punn crush kann.. Mungkin dia punn dah bahagia dengan that girl.. Apa-apa pun keputusan dia, kite terima.. Our moments together (mufazara) will always remain in my heart (cewahh ayat tak nak kalahh.. nampak takk..napak takk.. haha) hmm.. Tu je punn nak cerita, macam tak perlu kann.. tapi xpelahh, who cares, this blog is mine anyways..

Ohh yeah, cerpen ni boleh lahh tahan bestnye.. having crush on that guy hampir 11 tahun kauu.. hebat.. tapi kan kite tercair sikit lahh kan dengan ayat lelaki ni masa diorang jumpa balik after bertahun-tahun terpisah tu.. Rasa macam deep gile lahh.. 'cinta dan suka..' Azairee ni berubah dengan izin Allah.. Cuba untuk menjadi yang terbaik untuk membimbing si dia yang dicintai.. hiks.. disebabkan Miss P tak kasi copy2 content die, kite printscreen jelahh ea.. ^_^

cinta dan suka

*melt

Nak tahu cerita penuh tentang Azairee n Zahara, click Miss P kat atas tu okehh.. Ok adios Amigos..

Love,
Ara
 

Wednesday, August 6, 2014

Tentang Hati :)

Tuhan memberikan kita..

Dua mata untuk melihat,
Dua kaki untuk berjalan,
Dua tangan untuk menyentuh,

Akan tetapi kenapa Dia menciptakan hati kita hanya sekeping?

Kerana,

Hati kita sangat istimewa..
Meskipun ia sentiasa dilanda kecewa, remuk, penuh dengan pelbagai rasa yang terpendam,
Tetap Dia ciptakan satu saat untuk kita baiki hati kita, rawat hati kita yang remuk, pecah lagi berkecai itu..

Bila?

Di sepertiga malam. Tahajud .
Tahajud itu adalah saat yang terbaik untuk kita merawat segala luka di hati.
Dan bilamana dirimu berjaya untuk bangkit menemui sang Pencipta,
Merayulah sepuas-puasnya, merintihlah pada Dia, mengadulah.
Kerana apabila Dia mendengar pasti  Dia akan memberi.

hati itu
Love,
Ara

♡ Ijab kabul ♡

hiks :)

Di Gelap Malam Aku Mulai Tenggelam
Saat Kau Peluk Erat Tubuhku Sayang
Tunggu Aku Pulang Aku Pasti Datang
Menemuimu Tersayang

Beranikan Diri Bertemu Orang Tuamu
Bicara Baik Dari Hati Ke Hati
Restuilah Kami Doakanlah Kami
Jadi Pasangan Abadi

Tunggulah Aku Menjadi Imammu
Dan Tunggulah Aku Menjadi Imammu


Dan Akan Ku Lamar Anakmu Di Tahun Ini
Restui Kami Doakan Kami Jadi Pasangan Abadi
Dan Akan Ku Tanggungjawabi Kebutuhannya
Lahir Batinnya Jiwa Raganya
Agar Ia Bahagia

(Dan Akan Ku Lamar Anakmu Di Tahun Ini
Restui Kami Doakan Kami Jadi Pasangan Abadi)
Dan Akan Kutanggungjawabi Kebutuhannya
Lahir Batinnya JiwaRaganya
Agar Ia Bahagia 
comel pulak lagu ni :)
~lymm~
Love,
Ara

I am Strong !

Assalamualaikum...

Hey guys.. Berbulan juga kite abaikan blog ni.. haritu katanya, nak aktif berblogging balik, KATANYA lahhh.. terbiar juga blog nihh.. hmm.. zaharah zaharah.. ish99 *geleng2 kepala* bizi bebenor haa sampai terabai denia jack em ef ni.. kesiann dia yaa.. sokeyh, keep it up.. :)

Regarding the blog post, what is actually I try to deliver here?
 'I am Strong' 
 Lamaaa pandang sebaris ayat ni.. 
Then terfikir sendiri, betul ke zaharah ni kuat?? 
Betul-betul strong ke nihh? 
Ye takk yee ni? 

Akal punn membalas,
 "Ye aku memang kuat, I am a strong girl."
Then keluar lagi persoalan,
Atau ayat tu sekadar nak menyedapkan hati awak sahaja??
Akal tersentak dan terdiammmm...

Menyedapkan hati..? Kenapa dengan hati tu ? Bila fikir balik soal-soal hati ni mesti cepat je air mata tu nak keluar sejak due menjak tiga menjak nihh.. haish.. lemahnya hati ni sekarang.. sungguh! tak kuat nak hadapi, nak terima apa yang jadi.. Kita keep on saying, 'Kita kuat!' 'Kita boleh lalui semua ni dengan jayanya!' 'Kita tak lemah!' hakikatnya? 

Orang selalu cakap, berhati-hati dengan hati.. Tapi, kadang-kadang kita tersilap percaturan.. manusia kann.. mana ada yang berjaya lari dari kesilapan.. Bila hati mula nak terima balik, mesti ada ja something yang buat kita jadi patah semangat! Apa yang cuba ditunjukkan sebenarnya? Apa lagi yang cuba nak dibuktikan lagi? Peluang tu tak pernah tertutup tapi bila benda yang sama ulang banyak kali? Sakitnya berdouble-double rasanya ! Pernah rasa tak benda tu? Pernah tak?!!! *cry*

Err.. ok terlebih emosi di situ.. Maaf maaf maaf.. hmm.. tapi tu lahh.. kadang-kadang tak tertahan rasanya.. sakit yang teramat.. Hati perempuan kann.. Mana taknyaa.. Seorang wanita itu kan dihadiahkan sekeping hati yang lembut seperti kapas dan halus seperti sutera dan sangat mudah tersentuh.. Bila hatinya terluka, we tend to give out a fake smile padahal kita tau senyuman palsu itu tak mungkin dapat rawat hati yang terluka, but still a woman will do it as long as no one knows apa yang dia lalui..

Masa tengah mengubat hati yang tengah duka lara ni (cewahhh, duka lara gitu :p) terjumpa lahh blog canvas , cakap pasal bila perempuan sayang dan bila perempuan terluka.. huuu.. deep seyh ayat2 dia.. hee.. tergelak pun ada baca entry tu tapi hmmm.. entah lahh..

Scroll scroll balik past post kat blog ni ada perasan satu entry tentang hati.. alaaa, ayat dari Ustaz Haron Din tu.. :) yeahh.. "jangan simpan seseorang dalam hati kerana hati itu berbolak balik sifatnya, sebaliknya simpanlah seseorang itu dalam doa kerana doa itu tercatat di langit"  huhu.. 

Keep praying yaa.. Times will heal, He always with you.. tambatkan hati kamu itu pada-Nya dahulu.. Dia rindu dah kat kamu tu, sebab tu ujian diberi tak henti-henti.. doakan jugak semoga segala urusan dia dipermudahkan.. Biar apa pun yang jadi, belajar untuk berserah dan redha.. He knows better.. 

"Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.. Allah sedang mengajar kamu erti sabar dan redha" - ZMF

..keep on praying..


Love,
Ara

Tuesday, April 22, 2014

Forgive ?

Forgiveness is never easy. Bitterness is easy. Hatred is easy. But forgiveness, that's a tough one. Sometimes, people say things they don't mean or do things they can't take back. Sometimes we do things we can't take back. So we feed ourselves to starve the pain.
 
done

Tuesday, April 15, 2014

Duhai Hati

Assalamualaikum..

Sesungguhnya benar yang tiada sesiapa pun yang dapat mengagak apa yang akan jadi akan datang.. hatta apa yang akan jadi seminit lagi pun kita tak tahu.. Hmm.. Sejak balik dari sukipt, macam-macam benda yang jadi. Tapi, segala yang terjadi ada hikmahnya kan.. Apa yang perlu kite buat? Redha dan ikhtiar to be better.. Ya, hati tu rapuh.. mudah jatuh hati mudah terasa hati dan mudah juga beralih arah.. Beruntunglah pada sesiapa yang tetap hatinya.. Bagi yang rapuh  hatinya? Keep strong! You are not alone. Allah ada, surat cinta-Nya ada, family ada, kawan-kawan pun ada.. Hargai orang yang tak putus-putus berada di sekeliling awak zaharah.. Jangan patah semangat! 

"Terima kasih kepada yang sentiasa berada di sisi kite selama kite jatuh dan bangun.. Kite sayang korang semua especially yang sentiasa mengingatkan diri ini, SITI FATIMAH dan juga NAJIHAH ZAKARIA.. tak lupa juga korang sahabat kite yang sentiasa menceriakan kite balik... sayang sangat ngan korang.. Kite akan cuba tabah harungi benda ni and jadi ceria like before..  ^_^ "


Love,
Ara

Friday, March 28, 2014

Cinta buat Arissa



Assalamualaikum.. 
hai awoks-awoks sekalian.. hari ni, kite nak kongsi satu cerita, kisah, cerpen yang hmmmm boleh tahan lahh jalan cerita dia.. *sebenarnya takda idea nak post ape ekceli, tapi perasaan nak b'blogging membuak-buak.. ikikiki...
Ok enjoy the story.. :) 



" Cukuplah papa . Jangan seksa mama lagi. Cukup...  Arisa akan bawa mama keluar dari rumah  ini. Arisa benci papa! Benci! ." Arisa memberontak. Ditenung wajah papanya dengan penuh perasaan dendam yang memuncak.


Arisa!  Jangan pergi tinggalkan papa! ."  Rayu Murad kepada anak perempuan yang disayanginya itu.


"Papa banyak kali halau mama keluar dari rumah ini, kan? Kalau papa halau mama, bermakna papa halau Arisa keluar juga dari rumah ini. Arisa sabar saja selama ini. Papa caci mama sial, bodoh, ba alif ba ya, dan macam - macam lagi. Sampai bila papa nak caci mama? Sampai mama mati ke, papa?," luah Arisa tidak dapat mengawal marahnya. Mata si papa dipandang tepat. Air matanya mengalir deras. Si mama sayu. Kasihan melihat anak kesayangannya itu.


" Anak kurang ajar! Aku beri kau makan , minum, pakaian, kemewahan, berani kau marah aku? .  Aku ni papa kau, tahu! ." jerit Murad. Panas barannya tak pernah reda.
Jeritannya didengari oleh satu penduduk taman. Tidak Malu langsung!

Thursday, March 27, 2014

Hati dan Doa

kerana hati....
Hati dan Doa..
Jom simpan Si Dia dalam doa.. :)
kerana doa itu sangat berkuasa..
Dengan Doa, sesuatu boleh terbinasa,
kerana Doa jugalah, sesuatu yang membahagiakan datang kepada kita,
jangan jadi orang yang sombong dengan Pencipta kita..
Sesungguhnya orang yang tidak berdoa itu adalah orang yang sombong..
^_^

Love,
Ara

Monday, March 24, 2014

Smile

Keep the Smile,
Leave the Tension,
Feel the Joy,
Forget the Worry,
Hold the Peace,
Leave the Pain,
and Always be Happy..
 
..You are the reason of someone's Smile..

keep smiling :)
Love,
Ara

Tuesday, February 25, 2014

Eternal Love

Assalamualaikum.. ^_^
Hahahahaii chuollzzz.. = =" ok itu gedik! (choi zara)
Actually nak share something lahh about.....love! My eternal love.. jeng jeng jeng..
Who is it? Who is it?
Well actually, it is not WHO but WHAT.. yeahh.. it is WHAT ! :)

Mula berkenalan (ceewahh) sejak tingkatan satu, akhir form 1 to be more specific.
Bile kenang balik kann, rasa macam kelakar tau sebab mula2 niat nak masuk team ni sebab handsome-and-peymes-senioritas-plus-dapat-keluar-sekolah-selalu-punye-team .. ahaha.. sound ridiculous at first but yeahh, that's the fact.. Team ni antara yg dapat banyak sambutan.. so, cube try test alhamdulillah i'm falling in love with this.. whole heartedly you know.

hmm actually nak cerita lahh, dengan ini lahh dapat melayakkan diri yang tak berapa nak hebat ni masuk sukipt 2014 awal bulan Februari aritu.. (big clappp wuuu wuuu wuuu.! *ok mohon jgn jadi monyet terjerit jerit zara) gembira gile kauu dapat masuk sukipt ni, padahal bukannya hebat sgt ponn mainnya.. but still alhamdulillah Allah bagi peluang untuk merasa masuk sukipt.. Event tu berjalan dekat seminggu jugaklahh kat Uitm Shah Alam.. (wifi situ susah gile nk dpt masuk = =")

Perasaan.... seronok seronok serok.. haaa kau punye seronok nak tulis perkataan 'seronok' tu sampai 'serok' haa yg keluar..haha.. but yeah, since masa kat matrikulasi terpaksa curang sekejap pi main sukan lain, dah masuk UTM ni punye lahh seghonok haa dapat tau ade manahh (walaupun jauh bak hang time nak pi training tu) .. Yeah.. IT is one of my precious of my life though.. will never leave it like EVER! hee~ Selamat berkenalan dengan kesayangan hamba.. nama dia....Archihis.. :)

tu tu yang stabilizer merah
Team UTM yg hebat2 belaka :)

Monday, February 24, 2014

Akur Janji

Akur Janji.
Masa tengah usha2 lagu kat youtube tadi, terperasan pulak lagu ni. Akur Janji, haa mula lahh kepala nak teringat ingat zaman dolu2, masa kat matrik.. Actually tak kenal pun siapa Eddie & Wanie (the singers) ni, tapi jadi tau pasal lagu ni dari dia la.. Dia pun jumpa lagu ni atas request mak dia sebenarnya. Mak dia suruh cari lagu ni, dia pun cari lahh sampai jumpa, bagi mak dia, then dia pun suruh la Ara dengar.. Dengar punya dengar, suka lah pulak kat lagu ni.. Best lahh jugak, liriknya tu yang bermakna actually.. So, hmmm macam tu lahh.. haha.. Here it is..  ^_^

 

Tak pernah ku menduga
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta

Tak pernah ku merasa
Bahagia begini
Di sisimu

Kekasih ku sayang kan kamu
Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu
Hidup dan mati bersamamu

Akur janji setia padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu

Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu

Wednesday, January 15, 2014

Kekasih Hati Yang Tiada Pengganti

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Hari ini ada berita gembira nak bagitau.. hihi.. eksaited ni,, hari ni kann. hari ni kann.. birthday kekasih hati saya... hee~ Rasa happy sangat.. Rasa rindu yang teramat.. :) Sebagai hadiah, mehh saya ceritakan sedikit kisah tentangnya..

Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan, Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti Wahab, yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan pun, Muhammad bin Abdullah adalah orang yang paling mulia dan paling bangsawan.

"Keluarga Siti Aminah tinggal di Yathrib atau Madinah. Abdul Muttalib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib dan dikahwinkan di sana dengan Siti Aminah. Selepas itu, mereka pulang ke Mekah. Semasa Siti Aminah mengandung, ayah Muhammad meninggal sebelum beliau dilahirkan.

Sebelum Aminah melahirkan Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, “Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki.” Kelahiran ini adalah pada hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah, 50 hari selepas peristiwa tentera bergajah.

Banyak perkara yang pelik berlaku semasa kelahiran Muhammad. Hassan bin Thabit, penyair Muhammad menceritakan, salah satu daripada tanda itu, katanya, semasa Muhammad lahir, dia berada di Madinah dan umurnya pada masa itu tujuh tahun. Pada hari itu, aku berada dalam majlis orang-orang Yahudi madinah. Seorang ulama Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, “Bintang Ahmad muncul di langit.” Bintang itu hanya muncul apabila Muhammad dilahirkan. Hassan menyaksikan sendiri peristiwa itu.

Siti Aminah ibu Muhammad bin Abdullah pernah memberitahu semasa dia mengandungkan Muhammad dia tidak pernah merasa penat atau sakit. Menurut sejarah lagi, Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan berkhatan.

Tuesday, January 14, 2014

Lagu Untukmu :)


Ya Rasulullah - Raihan

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

versi Siti Nurhaliza

rindu
Love,
Ara

Monday, January 13, 2014

Ikhwan Yang dirindui

Assalamualaikum.

Bersempena dengan maulidur Rasul yang tak lama lagi ni, kite nak kongsi ngan semua tentang macam mana rindunya Baginda dengan kita semua.. :)

"Rasulullah kami umatmu walau tak pernah melihat wajahmukami cuba mengingatimu dan kami cuba mengamal sunnahmu" - Rasulullah (Hijjaz)

Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi saw. dengan Saidina Abu Bakar Siddiq serta para sahabat lain. “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku( ikhwanku ),” berkata Nabi saw. “Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?” jawab Abu Bakar. “Bukan,” jawab Nabi saw. “Kamu adalah sahabat-sahabatku”.

Para sahabat menjadi keliru dan hairan siapakah yang dimaksudkan dengan ikhwan yang Nabi rindukan itu. Setahu mereka yang paling rapat dengan Nabi ialah para sahabat sendiri. Melihatkan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain kebingungan, Nabi segera menjelaskan; “Ikhwan ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua mereka”. Para sahabat masih belum berpuas hati dan bertanya, “Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan( saudara) engkau?”. “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku!” sekali lagi Nabi menjelaskan.

“Wahai Abu Bakar, tidakkah engkau juga merindui ikhwanku itu, kerana mereka juga mencintai engkau lantaran engkau adalah sahabatku?”

Tuesday, January 7, 2014

Coz You Are



"Warmness On The Soul"
Your hazel green tint eyes watching every move I make.
And that feeling of doubt, it's erased.
I'll never feel alone again with you by my side.
You're the one, and in you I confide.

And we have gone through good and bad times.
But your unconditional love was always on my mind.
You've been there from the start for me.
And your love's always been true as can be.
I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you.

And we have gone through good and bad times.
But your unconditional love was always on my mind.
You've been there from the start for me.
And your love's always been true as can be.
I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you.

I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you.

You = MMS